Skip to main content

Rambut Segar Setiap Hari dengan ProSante Hair Care Shaklee




Rambut segar



Jenis rambut yang berbeza memerlukan penjagaan yang berbeza juga. Tambahan pula, kulit kepala anda juga mempunyai keperluan yang berbeza daripada rambut kerana ia adalah kulit, manakala rambut bukan kulit. 

Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam syampu dan perapi komersial yang boleh membahayakan hingga mengancam nyawa dalam jangka masa panjang.

Bahan Terlarang Dalam Set Penjagaan Rambut

Dilema bagi kebanyakan wanita terutamanya selepas melahirkan, dalam fasa berpantang dan menyusukan bayi ialah masalah rambut gugur. Ada banyak faktor dalaman dan luaran. Antara faktor luaran ialah kesihatan kulit kepala.

Elakkan bahan-bahan toksik ini dalam set penjagaan rambut iaitu syampu dan perapi antaranya:

1.Sulfates (Sulfat, SLS/SLES)

Sulfate ialah sejenis garam yang terbentuk hasil daripada gabungan antara asid sulfurik dengan bahan kimia yang lain. Sulfate ialah terma yang lebih meluas untuk sulfate sintetik yang berasaskan bahan kimia seperti sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sulfate (SLES).

Sulfate dihasilkan daripada petroleum. Petroleum pula berkait rapat dengan pencemaran, perubahan klimat dan juga penghasilan gas rumah hijau. Walaubagaimanapun ia juga terdapat dalam sesetengan tumbuhan dan boleh dijumpa secara semulajadi dalam air.

Kesihatan

SLS dan SLES boleh menyebabkan keradangan pada kulit, mata dan paru-paru bila digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh dicemari dengan 1,4-dioxane, iaitu sejenis bahan yang menyebabkan kanser kepada haiwan makmal. Pencemaran ini berlaku semasa proses pembuatan SLS dan SLES.

Untuk mereka yang ada kulit sensitif, sulfate akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat.

Persekitaran

Minyak kelapa sawit sangat kontroversi atas sebab kemusnahan hutan hujan tropika untuk membuat penanaman pokok kelapa sawit. Produk dengan sulfate akan mengalir ke dalam sungai dan laut yang akan membahayakan haiwan laut.

Ujian ke atas haiwan

Kebanyakan produk dengan sulfate akan diuji ke atas haiwan untuk mengukur tahap keradangan pada mata, kulit dan paru-paru manusia. Atas sebab ini juga sebaiknya elakkan produk yang mengandung sulfate.

2.Parabens (Paraben)

Paraben ialah bahan pengawet yang biasa digunakan dalam kosmetik untuk memberikan ketahanan yang lebih lama terhadap sesuatu produk.

Beberapa kajian yang menunjukkan penggunaan bahan dengan paraben boleh menyebabkan kanser kulit.

Kajian toksikologi terhadap kulit yang dirawat dengan produk yang mengandungi paraben menunjukkan, apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terik, ia akan menyebabkan sel kulit mati lebih cepat dan penghasilan nitrik oksida. Ini menunjukkan kerosakan boleh terjadi bila kulit dirawat dengan produk yang mengandungi paraben terdedah dengan cahaya matahari yang terik.

Kajian lain menunjukkan penggunaan produk yang mengandungi paraben boleh mengakibatkan penyakit kanser apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh oksidasi pada peringkat DNA.

3.Polyethylene Glycols (Polietilena Glikol, PEG)

PEG ialah bahan kimia yang berasaskan petroleum. Biasanya ia digunakan secara meluas sebagai agent pemekat, pelembut dan pelembap dalam alat kosmetik.

Bergantung pada cara pemprosesan, ia mungkin tercemar dengan ethlene oxide dan 1,4-dioxane, keduanya dikelaskan sebagai bahan penyebab kanser kepada manusia oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa. Kedua-dua bahan yang mencemarkan PEG ini akan kekal dalam alam sekitar. Ia boleh dibuang namun perlu melalui proses yang sukar.

Sebagai pengguna, semestinya ia tidak dapat diketahui sama ada PEG itu bebas pencemaran atau tidak. Jadi, ambil tindakan yang lebih bijak untuk elakkan menggunakan produk kosmetik atau penjagaan rambut yang mengandungi PEG.

4.Phthalates (Ftalat)

Ftalat sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik yang lebih tahan. Terdapat juga dalam perlantaian vinyl, minyak pelincir dan produk penjagaan badan seperti shampu dan sabun. Manusia boleh terdedah kepada ftalat melalui udara.

Di rumah pula apabila anak kecil merangkak di atas lantai kemudiannya memasukkan tangannya ke mulut juga boleh terdedah kepada ftalat.

Para pengkaji mengaitkan ftalat dengan masalah kesihatan seperti:


  • Asma
  • Obesiti
  • Kanser payudara
  • Attention-deficit hyperactivity disorder
  • Kanser payudara
  • Kencing manis type II
  • Autism spectrum disorder
  • Masalah kesihatan kesuburan lelaki


5.Haruman

Haruman kimia ialah sebatian organik yang meruap ke udara yang membolehkan hidung dapat menghidu bauan. Ia dimasukkan ke dalam produk untuk memberi bauan yang wangi. Namun, wangian ini boleh menyebabkan udara yang terjejas seterusnya memberi banyak masalah kesihatan.

Pendedahan kepada haruman kimia boleh menyebabkan:

  • Keradangan pada mata, hidung dan tekak
  • Loya
  • Cepat lupa
  • Hilang koordinasi
  • Masalah pernafasan

Ia juga penyebab utama alahan terhadap alat kosmestik.

6.Formaldehyde (Formaldehid)

Formaldehid digunakan secara meluas dalam produk penjagaan rambut seperti shampu, pernjagaan kulit seperti losyen, deodoran dan alat kosmetik seperti maskara. Ia juga digunakan sebagai formulasi dalam rawatan untuk mengeraskan kuku.

Selain digunakan sebagai pengeras kuku, ia juga boleh dibebaskan daripada bahan lain seperti quaternium-15 dan imidazolidinyl urea.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa dan Program Toksikologi Kebangsaan mengekelaskan formaldehid sebagai penyebab kanser kepada manusia. Ia dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser nasopharyngeal dan sianonasal. Selain itu, ia boleh menyebabkan kulit kepala terbakar dan rambut yang gugur.

7.Selenium Sulfid

Ia boleh menyebabkan rebound kepada rambut yang berminyak. Ia boleh menyebabkan toksik kepada sistem badan. Sebab itu selenium sulfid perlu dielakkan pada ruang kulit yang terdedah.

Semak bahan-bahan dalam produk penjagaan rambut di rumah. Seeloknya, elakkan 7 bahan ini bagi memastikan kesihatan rambut dan tubuh badan untuk jangka masa yang panjang. Sebaliknya, pilih produk penjagaan rambut yang bebas kimia serta diperkaya dengan nutrisi dari bahan semulajadi seperti yang ada dalam Prosante Hair Care.


Bahan Semulajadi Untuk Rambut Yang Sihat


Kulit kepala yang sihat ialah asas kepada rambut yang sihat. Formula yang ada dalam set penjagaan rambut Prosante ini terbukti secara klinikal berkesan untuk menyelesaikan masalah rambut gugur, kulit kepala bersisik dan mengurangkan rambut rosak.

Ini bahan semulajadi yang terkandung dalam Prosante Hair Careuntuk pastikan kesihatan rambut dari kulit kepala.

1.Scalp Health Complex

Campuran 10 vitamin, mineral dan herba yang menyediakan persekitaran optimum supaya rambut sihat tebal dan berkilauan.

2. Ekstrak Swetia dan Halia

Merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk menyuburkan folikel rambut. Ia memberikan nutrisi untuk kulit kepala menghasilkan rambut yang sihat.

3. Tembaga, Zink, Mangan, dan Vitamin A, E dan Koenzim Q10

Menyokong pembaharuan kulit kepala yang sihat. Ia juga dapat melindungi kulit kepala daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.

4. Minyak Daun Tea Tree dan Ekstrak Teh Hijau

Melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran yang lain.


Sistem Penjagaan Rambut Prosante


Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Sebab itulah setiap produk Prosante mengandungi Scalp Health Complex, campuran 10 vitamin, mineral dan herba yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Yang penting, tidak ada bahan kimia keras yang boleh merosakkan rambut akan ditemui dalam produk penjagaan rambut Prosante.

Set penjagaan rambut Prosante terdiri daripada:


1. Revitalizing Shampoo

Menyegarkan, melicinkan kutikel dan melebatkan rambut.

Membuang kotoran, minyak dan bahan cemar tanpa merosakkan kulit kepala.

Memberikan kekuatan, kilauan dan ketahanan pada rambut

Sistem pembersih berpaten diformulasi dengan ramuan daripada tumbuhan termasuk jagung dan kelapa. Diformulasi untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut yang optimum. Mengandungi bahan pelembap untuk mengekalkan kelembapan rambut.


Rambut gugur


2.Replenishing Conditioner

Menguat, melembut dan menambahkan kilauan pada rambut.

Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.




Rambut gugur


3.Nourishing Scalp Treatment

Formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté®.

Mengandungi kepekatan tertinggi Scalp Health Complex, iaitu campuran unik 10 vitamin, mineral dan herba berkesan yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Antioksidan vitamin A dan E, serta Koenzim Q10 melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas. Formula yang terbukti secara klinikal boleh digunakan setiap hari pada rambut yang basah atau kering.


Rambut gugur


  • Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran semasa disikat.
  • Formula tanpa bilas, melegakan kulit kepala.
  • Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.

Testimoni Pengguna Sistem Penjagaan Rambut ProSanté®

Berikut antara testimoni pengguna yang berpuas hati dan dapat menyelesaikan masalah rambut selepas menggunakan sistem penjagaan rambut Prosante.



Shampoo rambut

Shampoo rambut

Shampoo rambut



Set rambut shaklee

Berminat untuk mendapatkan ProSante Hair Care Shaklee boleh terus menghubungi Jue ya. Saya sedia membantu anda. Klik gmbar untuk pautan Whatsapp. 

Pengedar shaklee seluruh malaysia



Jue menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi di Wilayah Persekutuan Labuan atau anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Jue boleh pos terus ke alamat anda.


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee




Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...