Skip to main content

Siapa Kata Vitamin C Untuk Lelaki Tidak Penting? Ini Antara 5 Kepentingannya!

 



Vitamin c


Ramai yang mungkin sangka bahawa ia sangat bagus buat wanita namun kurang
sedar bahawa vitamin C untuk lelaki juga penting. Malah, ia bukan satu hal yang aneh lagi.

Ia juga telah jadi satu trend yang sangat popular dalam kalangan para lelaki zaman kini. Ini mungkin kerana mereka telah sedar kepentingan aspek kesihatan dan kecantikan.

Persoalannya, bagaimana vitamin C untuk lelaki ini perlu untuk diambil? Jom terus baca artikel!

Vitamin C untuk lelaki juga sama penting!


Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, vitamin ini sangat penting untuk mereka yang bergelar wanita kerana ia bermanfaat tinggi pada kesihatan dan kecantikan.

Dari aspek kesihatan, vitamin ini boleh beri manfaat kepada sistem imunisasi tubuh sekali gus mampu menguatkan badan dan melawan dari sebarang anasir jahat.


Dalam aspek kecantikan, vitamin ini boleh beri manfaat kepada kulit individu. Maka tidak hairan jika ia diambil untuk mencerahkan dan menyihatkan organ paling besar ini.


Pun begitu, tidak adil juga jika kami kata bahawa manfaat ini hanya penting untuk wanita sahaja sedangkan kaum lelaki juga pasti mahu untuk mendapatkan manfaat yang sama.


Dalam erti kata lebih mudah, memang benar bahawa vitamin C untuk lelaki juga sama penting!


Bagaimana lelaki boleh amalkan vitamin ini?


Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya semua individu yang sihat tubuh badan mereka mungkin boleh ambil dan amalkan vitamin C tanpa kira jantina lelaki atau wanita.


Pengecualian mungkin hanya akan dibuat kepada mereka yang ada sejarah kondisi di bawah ini:


       👉🏻 Gangguan darah talasemia

       👉🏻 Gangguan darah sel sabit

       👉🏻 Gangguan G6PD


Kadar pengambilan vitamin c yang disyorkan bagi individu yang sihat adalah sebanyak 65 ke 90 mg sehari namun tidak boleh melebihi daripada 2,000 mg kerana risiko keracunan.


Keracunan vitamin ini pula seterusnya akan jadi punca kepada gejala-gejala seperti yang berikut:


       👉🏻 Sakit kepala

       👉🏻 Sakit perut

       👉🏻 Cirit-birit

       👉🏻 Muntah-muntah

       👉🏻 Gangguan batu karang


Pun begitu, kadar ini mungkin berbeza bergantung kepada individu. Justeru, dapatkan nasihat daripada doktor.


Daripada mana sumber utama vitamin ini?


Sebenarnya, ada banyak sumber vitamin C yang anda mungkin tidak sedar daripada diet seharian. Ini kerana ia sangat lazim wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.


Berikut adalah contoh sumber makanan serta minuman yang tinggi dengan khasiat vitamin ini:


       👉🏻 Sayur-sayuran hijau seperti sawi dan kailan

       👉🏻 Buah-buahan sitrus seperti oren dan kiwi

       👉🏻 Ubi kayu

       👉🏻 Lada benggala

       👉🏻 Jeruk sayur atau buah


Dalam pada itu, ia juga sangat mudah untuk diperolehi melalui pengambilan suplemen dalam bentuk pil, kapsul atau tablet yang dipasarkan dan dijual di farmasi atau pasar raya.


Memandangkan vitamin ini mungkin sudah ada di dalam diet seharian, maka anda tidak perlu ambil ia dalam bentuk suplemen dengan terlalu banyak untuk elakkan terlebih dos.


Sebaiknya, pengambilan sebarang suplemen tambahan perlu dirujuk dengan doktor atau pakar nutrisi terlebih dahulu. Jadi, sila berjumpa dan berbincang dengan mereka.


Vitamin c


Apa lagi manfaat lain daripada vitamin C untuk lelaki?


Di atas tadi, kami telah beri 2 manfaat utama vitamin ini yakni penting bagi sistem imun tubuh badan serta kulit individu yang sangat bagus buat lelaki.

Apa lagi manfaat lain? Jom teruskan pembacaan.


#1. Vitamin C mampu kawal tekanan darah


Jika anda ada kondisi hipertensi, maka cuba tambah pengambilan vitamin ini kerana ia mampu membantu kawal tekanan darah sistolik sebesar 4.9 mmHg dan diastolik sebesar 1.7 mmHg, menurut The American Journal of Clinical Nutrition.


#2. Menurunkan tahap kolesterol anda


Vitamin C tinggi manfaat buat mereka dengan tahap kolesterol tinggi kerana ia mampu mengawal kadar trigliserida dan low-density lipoprotein daripada menjadi terlalu tidak terkawal.


#3. Menyembuhkan luka lebih cepat


Vitamin C juga kaya dengan asid askorbik yang penting dalam proses penyembuhan luka serta penghasilan protein kolagen. Dengan ini, maka luka mungkin akan sembuh lebih cepat.


#4. Mengelakkan anemia zat besi


Individu yang kurang zat besi dalam sel darah merah tinggi risiko anemia. Berita baik buat anda, asid askorbik di dalam vitamin ini mampu meningkatkan tahap penyerapan zat besi.


#5. Vitamin C untuk lelaki mampu halang kondisi kronik


Akhir sekali, vitamin ini juga ada sifat antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dalam tubuh badan. Kesannya, kondisi kronik seperti kanser dan lain-lain lebih rendah.


JOM MULAKAN HARI AND DENGAN VITAMIN C


Vitamin c


To be honest Vitamin C Shaklee ni memang banyak sangat benefit bukan setakat untuk imuniti badan tapi sangat bagus untuk kulit jugak. Even skincare pun banyak je yang ada Vitamin C. 

Tapi orang selalu fikir Vitamin C je nak kulit putih. No no no ok? Kita consume Vitamin C bukan sebab nak kulit putih tau. Tapi dengan Vitamin C boleh jadikan tona kulit lebih sekata.

Instead of ambil panadol waktu demam, Jue lebih prefer ambil Vitamin C sebab Vitamin C lebih selamat nak consume and lebih bagus untuk badan. 

Vitamin C juga sangat recommended untuk orang yang ada luka sebab dengan Vitamin C boleh percepatkan luka kita sembuh.


Vitamin shaklee



Pengedar Vitamin C Shaklee yang berdaftar

Bagi yang berminat nak dapatkan Vitamin C Plus, boleh hubungi jue menggunakan link di bawah:




Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan


#teamleadership 


PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...