Buat bisnes online ni berbaloi ke?
Kalau tanya saya mestilah berbaloi. Sebab dulu, orang yang buat bisnes hanya mampu capai pelanggan sekadar kenalan rapat dan jiran-jiran.
Tapi bila wujudnya bisnes online, capaian pelanggan lebih meluas. Bukan setakat dalam kawasan anda saja, tapi jauh beribu batu pun tak mustahil.
Cuba anda tengok sekeliling anda hari ini. Atau tengok tabiat berbelanja anda hari ini. Adakah masih dengan norma walk in setiap kali nak beli barang?
Jawapannya tidak. Anda sendiri boleh nampak perubahan drastik bisnes online semakin berkembang dan mendapat tempat di hati pembeli sejak berlaku penularan Covid-19 pada tahun 2020.
Jadi, rugilah bagi anda yang ada bisnes tapi tak beradaptasi dengan bisnes secara online atau dalam talian.
Saya faham tak semua orang tahu cara terbaik buat bisnes online. Oleh itu, saya akan kongsikan Tips Bisnes Online dalam artikel kali ini. Supaya mereka yang nak mulakan bisnes boleh bina bisnes yang mampu bertahan selama bertahun-tahun.
5 Tips Terbaik Buat Bisnes Online
1.Start From Scratch
Tak ramai yang mampu cipta dan mengurus satu bisnes dari awal. Bermula dari brainstorming hingga produk sampai ke tangan pembeli.
Tapi kalau anda jenis yang ada idea dan ada minat tersediri, apa salahnya kan?
Bina bisnes yang anda minat seperti bisnes jual pakaian, makanan, perkhidmatan dan macam-macam lagi. Buat sedikit research di platform online yang ada dan tengok permintaan dan sambutan pembeli terhadap sesuatu bisnes.
Selain itu, anda juga boleh rasai pengalaman membeli secara online supaya anda boleh tingkatkan mutu perkhidmatan anda. Secara tidak langsung tindakan ini akan memberi anda idea untuk menjalankan bisnes dengan lebih proaktif.
Untuk ringkaskan apa yang saya kata di atas, saya keluarkan 5 perkara penting untuk anda yang nak buat bisnes online dari awal:
- Kena tahu apa fokus bisnes anda
- Kenal pasti pelanggan sasaran
- Selesaikan masalah pelanggan
- Buat research dan dapatkan pengalaman
- Sentiasa tambah baik kualiti kerja
2.Buat bisnes yang sudah ada dalam pasaran
Tengok pasaran yang ada pada zaman sekarang. Inilah realitinya. Berlambak-lambak jenama dan segmen pasaran yang terhidang depan mata. Anda dah tak perlu sakit otak untuk fikir nak buat bisnes dari bawah.
Apa yang anda kena buat ialah intai peluang yang sedia ada. Jadi dropship atau ejen bisnes yang anda fikir berpotensi buat keuntungan. Dalam erti kata lain, jual produk orang lain dan leverage platform sedia ada.
Ramai yang manfaatkan media sosial untuk buat bisnes online seperti di Whatsapp, Instagram, Facebook dan platform digital seperti di Shopee dan Lazada. Hanya promosikan barang, tapi HQ yang akan sampaikan produk kepada pelanggan.
Mudah bukan?
Kelebihan buat bisnes yang sudah ada dalam pasaran ini antaranya:
- Brand sudah dikenali dan dipercayai oleh prospek pelanggan
- Ada bisnes yang tak perlukan anda pegang stok
- Tidak banyak modal atau kos yang perlu anda tanggung
- Kurang risikko kerugian
- Hanya fokus sales dan marketing - tak perlu masuk campur perihal logistik dan sebagainya
3.Asingkan pendapatan
Antara kesilapan besar yang selalu dibuat oleh mereka yang buat bisnes online adalah tidak mengasingkan duit jualan dengan duit peribadi.
Bila bercampur, anda akan cenderung untuk gunakan duit yang anda dapat. Nanti tahu-tahu duit tak ada, tak tahu habis ke mana.
Bila anda berjaya asingkan pendapatan, barulah anda nampak perkembangan bisnes online anda.
Kalau tak buat, anda akan mudah putus asa sebab menyangka tiada perubahan dari sudut kewangan walaupun sudah buat bisnes online bertahun-tahun.
Ada lagi satu aspek yang paling penting yang ramai pemilik bisnes tak buat. Iaitu mengambil duit gaji untuk diri sendiri.
Mungkin ada yang rasa tak patut ambil gaji. Lebih baik duit tersebut buat rolling modal supaya bisnes semakin besar. Anda kena buang mindset ini.
Mana tidaknya, anda yang bersusah payah menaikkan dan memajukan bisnes. Mestilah kena ada gaji untuk menaikkan semangat pula. Tak begitu?
4.Simpan database
Setiap kali ada pelanggan, penting untuk anda simpan database yang meliputi nombor telefon dan alamat pelanggan.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan engagement dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas dan testimoni tentang produk yang mereka beli.
Antara kepentingan database juga adalah untuk menjaga pelanggan supaya mereka akan membeli lagi dengan anda.
Kalau anda tengok pasaran yang anda masuk untuk buat bisnes online, saya pasti betapa banyaknya pesaing yang menjual produk lebih kurang sama.
Pelanggan akan beli dengan penjual yang mereka berpuas hati dengan layanan dan produk yang diberi.
Walaupun persaingan banyak, tapi cara menjaga pelanggan melalui menyimpan butiran database ini yang membezakan anda dengan penjual lain.
Selain itu, dengan adanya database boleh mengembangkan bisnes online anda dengan lebih berkesan. Pelanggan anda akan bercakap kepada kenalan mereka tentang produk anda.
Boleh jadi mereka akan mengesyorkan produk anda dan membeli dengan anda lagi dan lagi. Inilah yang dinamakan word of mouth marketing.
Pentingnya word of mouth ini adalah:
- Berkesan untuk meningkatkan jualan
- Dapat mempromosikan produk kepada pelanggan baharu
- Meningkatkan pengiktirafan jenama
- Mewujudkan loyal customer kepada produk anda
5.Konsisten
“Consistent action creates consistent results”
Buat apa saja dalam hidup anda secara konsisten. Terutama bila anda melibatkan diri dalam bisnes online. Bisnes bukan macam anda makan gaji. Sentiasa ada gaji tetap setiap bulan.
Bisnes bergantung kepada diri sama ada nak teruskan atau nak berhenti. Kalau buat, adalah hasilnya. Kalau tak buat, tak dapatlah hasilnya.
Dengan sikap konsisten anda boleh pergi jauh walaupun hanya berbisnes dalam talian. Mana tahu bisnes anda mampu menolong ramai orang lagi di luar sana? Bukankah hidup anda akan lebih bermakna?
Anda sedia maklum, nak konsisten bukannya mudah. Kena ada beberapa faktor yang mendorong konsistensi anda dalam bisnes.
Contohnya, ada komuniti bisnes yang saling menyokong dan mendokong antara satu sama lain. Selain itu, minat yang mendalam juga satu dorongan untuk seseorang konsisten dalam bisnes.
Untuk membina suatu legasi bisnes online yang berjaya sudah semestinya penuh dengan liku cabaran. Jadikan 5 tips bisnes online yang saya kongsikan pada kali ini sebagai panduan untuk anda memiliki bisnes yang bertahan selama bertahun-tahun.
Kembangkan Sayap Bisnes Online Anda Bersama Shaklee !
Jika anda ingin menceburi bisnes online , sertai bisnes luar biasa bersama Shaklee
Shaklee adalah sebuah syarikat yang bereputasi dan sah. Telah ditubuhkan pada tahun 1956, produk pertamanya mendahului kelahiran syarikatnya sendiri iaitu Vitalea telah dicipta dan dipasarkan sejak tahun 1915.
Shaklee pula telah berada di Malaysia selama lebih 25 tahun melalui lesen perniagaan Akta Jualan Langsung Malaysia.
Produk pula, Shaklee memang lebih tertumpu kepada produk suplemen, produk penjagaan kulit dan produk pembersihan rumah.
Shaklee mempunyai reputasi untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi dan mampan serta telah berada di dunia perniagaan selama lebih 65 tahun.
Produk yang baik dan selamat sangat penting, satu sebabnya kita gunakannya untuk diri kita, justeru kita mahukannya membantu kesihatan kita. Dan kita juga bila produk bagus, kita selesa nak jual kepada orang lain.
Jemput Baca : Bisnes Shaklee Bisnes Online Terbaik Malaysia
Bina Bisnes Anda Dalam 3 Langkah
Daftar Bisnes anda dengan mendaftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee yang sah untuk mengedarkan produk Shaklee. Buat pesanan produk, guna dan sarankan kepada orang lain. Shaklee terkenal dengan produk pemakanan suplemen, kecantikan dan pencuci organik.
LANGKAH 2 - BELAJAR & KONGSI
Pelajari tentang produk dan perniagaan daripada Pusat Sumber dalam talian anda, Penaja atasan, Pakar Pemakanan Shaklee dan Pengurus Pembangunan Perniagaan. Anda mempunyai aspirasi.
Anda sukakan produk, seterusnya, kongsi dengan mereka di sekeliling anda dan jemput mereka untuk sertai anda. Anda mampu menarik perhatian orang lain dengan menunjukkan sikap bersemangat, bertenaga, positif dan tulus.
LANGKAH 3 - PEROLEH PENDAPAT & MEMBINA
Kembangkan kumpulan anda dan bina volum jualan anda. Dengan mempunyai matlamat yang jelas dan memberi tumpuan terhadap dua perkara di atas, sudah pasti perniagaan anda akan memberikan anda satu pendapatan yang berpanjangan.
Bagi saya Bisnes Shaklee adalah Bisnes Online Terbaik & Bisnes Online Dari Rumah yang boleh dimulakan dengan Modal Rendah RM35 dah boleh start Buat Bisnes Shaklee secara SERIUS.
Bisnes Shaklee menawarkan peluang EXTRA INCOME / income sampingan malah income utama untuk mana-mana Pengedar Shaklee yang FOKUS dan serius membina Bisnes Shaklee.
Tunggu apa lagi? Sertai Kami Sebagai Pengedar Shaklee Sekarang!
Saya juga aktif di media sosial lain :
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#pengedarshakleelabuan
#teamleadership
Comments
Post a Comment