Set Kurus Shaklee

 


set kurus shaklee



Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah sebab bukan saja senang nak cari baju, malah senang beraktiviti,nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan. 

Saya sendiri sudah cuba Set Kurus Shaklee dalam membantu turunkan berat badan saya secara berkesan.

Dalam proses menurunkan berat badan ada 3 faktor utama yang perlu diambil kira disamping bersama saya mengamalkan Set Kurus Shaklee untuk dapat keputusan yang berkesan. Antaranya 

1) Amalan gaya hidup sihat amat membantu mencapai penurunan berat badan yang lebih mudah sebagai contoh diet Intermittent Fasting.

2)  Nutrisi yang lengkap amat menyokong penurunan berat badan dan proses detox yang lebih berkesan dengan bantuan supplement yang baik.

3) Pengurusan stress amat  penting sepanjang proses pengurusan berat badan.

Gabungan  3 faktor di atas adalah perkara asas yang mesti dipertimbangkan sekiranya kita ingin mencapai berat badan yang ideal serta kurus secara sihat.

NAK KURUS SECARA SIHAT,CEPAT DAN BERKESAN!

KITA GUNA KONSEP BAKAR,BUANG DAN BINA.



Set kurus shaklee


Sebab itulah kenapa saya menggunakan set ini kerana untuk saya dapatkan penurunan berat badan yang berkesan.

3 asas ni sangat penting dan membantu untuk turunkan berat badan secara sihat,cepat dan berkesan!

BAKAR - lemak yang sudah terkumpul lama di dalam badan seperti di bawah kulit , yang melekat di organ seperti jantung dan lain-lain perlu dibakar supaya penurunan berat badan lebih cepat.

BUANG - lemak yang telah dibakar perlu dibuang dari badan. Ia perlu dibuang melalui pembuangan najis besar,peluh dan air kencing.

BINA - setelah lemak dibakar dan dibuang,kesannya menyebabkan kulit semakin kendur. Pengambilan protein shake amat perlu supaya dapat membina balik otot-otot dan membantu badan menjadi lebih fit dan firm.

Terbahagi kepada 3 langkah utama 

Langkah 1: Bakar Dan Pecahkan Lemak Untuk Pengurusan Badan Berkesan.

LECITHIN

pengedar shaklee labuan


Diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna,pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh dengan lebih efisien

Fungsi Lecithin 

📌 Berfungsi mengemulsikan lemak yang luar biasa (ayat mudahnya berfungsi untuk memecahkan lemak) kepada saiz yang lebih kecil supaya  ia mudah disingkirkan.

📌 Membantu memecahkan lemak dan mengurangkan saiz zarah lemak yang tersendat di pembuluhan darah sehingga membuatkan lemak terapung dan tidak melekat pada salur darah.

📌 Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang kita makan jika digabungkan dengan Alfalfa Complex.

📌 Membantu Mengurangkan paras kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik (HDL) serta membantu mengawal paras triglycerides.

📌 Lecithin Shaklee mampu memecah lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman.


OMEGA GUARD 

shaklee labuan


Omega Guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega 3 tulen , yang biasanya ditemui secara semula jadi  dalam ikan kecil di kawasan laut dalam. 

Untuk pengetahuan semua minyak ikan Omega 3 terbukti dapat membantu kita untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Fungsi Omega Guard 

📌 Minyak ikan Omega 3 berfungsi membantu pembakaran lemak termendap. Sebab itu kalau Lecithin dan Omega digabungkan proses untuk  kurus dan turunkan berat badan lebih cepat dan berkesan.

📌 Membantu membakar lemak yang telah lama dan degil dalam tubuh seperti yang berada di bawah kulit,dalam salur darah,dan lemak yang menyelaputi organ .

📌 Membantu meningkatkan paras hormon leptin iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. 

Hormon Leptin juga meningkatkan metabolisme tubuh sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cepat. Makin rendah tahap leptin , makin cepat kita rasa lapar.

📌 Pengambilan Omega 3 merangsang sensitiviti insulin dalam darah.Lebih sensitif sel-sel tubuh kepada insulin,lebih sukar untuk lemak disimpan.

Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku.insulin rendah juga bantu kawal gula. Gula berlebihan menyebabkan kita sukar untuk turunkan berat badan.

📌 Lagi berkesan apabila pengambilan minyak ikan Omega 3 disertakan lebih banyak senaman kerana ia akan menyebabkan pembakaran lemak lebih pantas dan berkesan. 

Omega 3 yang diambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot. Sekaligus menyebabkan kadar metabolisma meningkat ,kesannya lebih banyak kalori terbakar . Hasilnya berat badan pun berkurangan.

📌 Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak.

📌 Memperbaiki kadar gula dalam darah supaya mempunyai lebih tenaga untuk bersenam.

📌 Menambah kadar penghasilan serotonin sekaligus memberitahu otak bahawa kita rasa kenyang ( keadaan ini dapat membantu mengawal selera makan ) 

Langkah 2 - Buang , Detox Atau Singkirkan Lemak 

HERBLAX

herbalax shaklee


Herblax mengandungi campuran tumbuhan semulajadi termasuk daun senna,yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Herblax akan menampakkan kesan dalam masa 8-12 jam selepas pengambilan

Fungsi Herblax 

📌 Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

📌 Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh.

📌 Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut.

📌 Membantu masalah sembelit

📌 Mengempiskan perut

📌 Melawaskan pembuangan air besar .

📌 Membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat.

📌 Membantu menyingkirkan toksin dalam usus termasuk lemak dan lender yang melekat di dinding usus dan sangat diperlukan untuk proses detox .

📌 Membersihkan usus secara keseluruhan

ALFALFA COMPLEX 

Alfalfa shaklee


Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr.shaklee pada1950-an. 

Ditanam di kawasan subur ,Antelope Valley,California. Alfalfa Complex Shaklee dihasilkan dari daun Alfalfa yang premium dan sangat berkualiti tinggi.

Fungsi Alfalfa Complex 

📌 Membantu menyingkirkan lemak & kolesterol

📌 Dalam Alfalfa ada saponin,saponin berfungsi seperti span yang bertindak menarik kolestrol dalam darah.

📌 Penggunaan jangka panjang iaitu pengambilan alfalfa selama 8 minggu secara konsisten membantu menghapuskan lemak,mengurangkan kolesterol yang mampu mengurangkan kolesterol yang mampu mengurangkan penyakit jantung ,strok dan darah tinggi.

📌 Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan dan dibakar oleh Lecithin dan Omega Guard . Hasilnya perut akan kembali kempis.

📌 Alfalfa merupakan agent detox tubuh secara keseluruhan Iaitu detox usus,darah dan hati . Detox adalah proses menyingkirkan toksin-toksin  dalam badan . Hasilnya badan lebih bertenaga , berat turun dan kulit pun sihat.

📌 Alfalfa juga membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid,hilangkan toksin dalam badan,membersihkan hati,kolon,darah dan mencantikkan kulit dan otot.


Langkah 3 - Bina otot,elak menggeleber,diet sihat,bertenaga dan elak lapar


CINCH SHAKE MIX 

Cinch shake set kurus shaklee


Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan (meal replacement) sepanjang proses menurunkan berat badan. Pengambilan cinch akan memberikan lebih kepuasan dan mengenyangkan!

Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu  Chocolate,Cafe Latte dan Vanilla.Selain minum begitu sahaja,anda juga boleh pelbagaibkan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar,yogurt dan sebagainya.

Fungsi Cinch Shake

📌 Cinch Shaklee sesuai sangat bagi sesiapa nak diet dan kuruskan badan. Cinch Shake ni lengkap dengan segala protein .

📌 Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu Leucine. Leucine adalah sejenis asid amino penting. 

Fungsi Leucine adalah menjaga jisim otot. Leucine bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori. 

Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan Leucine jadi ia mesti diperolehi dari sumber makanan yang lain . 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa Leucine bermanfaat dalam : 

   👉🏻 Menggalakkan pengeluaran otot.

   👉🏻 Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak

   👉🏻 Menyokong pemulihan otot

   👉🏻 Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam

   👉🏻 Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam

📌 Untuk dapatkan bentuk tubuh badan yang cantik,pengambilan diet harian yang mengandungi Leucine sangat penting kerana setelah kehilangan berat dan lemak,Leucine akan memastikan otot badan tidak jatuh dan menggeleber. 

Tugas Leucine adalah membina otot semasa penurunan berat badan berlaku.

📌 Cinch Shake membantu mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh kawal nafsu makan

📌 Membantu membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam serta mengurangkan selera makan bagi anda yang tidak boleh kawal nafsu makan

📌 Membantu membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam badan serta mengurangkan inci pada badan dengan cepat.

Istimewanya Cinch Shake ini apabila anda tidak mahu makan nasi anda boleh gantikan dengan mengambil Cinch Shake Shaklee sahaja.

Menarikkan setelah mengetahui bagaimana 3 langkah utama set kurus shaklee berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan.

Kalau mahukan result terbaik dalam penurunan berat badan , anda wajib add on VIVIX SHAKLEE.Vivix Shaklee ini boleh jadi booster untuk kuruskan badan.

Bagaimana VIVIX SHAKLEE membantu untuk kita mudah kurus ?

Vivix mengandungi Polifenol dan Resveraterol yang sangat bagus untuk Kurus atas 3 sebab :

1) TINGGI ANTIOKSIDAN
    
VIVIX dapat melindungi sel-sel badan pada peringkat DNA serta memelihara sel supaya sihat dan tak rosak. Bila sel sihat ,maka organ sihat.maka badan kita pun sihat!

2) PEMECAHAN LEMAK DAN MENGECUTKAN SEL LEMAK

Kajian mendapati Resveratol menyebabkan Lipolysis dalam sel lemak badan manusia.Lemak dalam badan kita disimpan dalam sel.

So,VIVIX menggalakkan proses pemecahan lemak.Jadi,saiz sel lemak pun mengecut!Bila berjuta - juta saiz sel lemak mengecut,maka banyaklah inchloss pada badan kita!

3) ENERGY & METABOLISME BOOSTER

Vivix meningkatkan penghasilan tenaga di peringkat Mitokondria(kilang tenaga).Bila ada vivix dalam badan,Mitokondria pun banyak.Jadi lebih banyak tenaga dihasilkan dalam badan.

Bayangkan setiap sel badan kita menghasilkan lebih banyak tenaga daripada biasa.

Memang kita akan rasa energetic,tak lemau dan tak letih.kita akan dapat lebih banyak bergerak dan buat aktiviti mengeluarkan peluh.kita pun akan lebih aktif bersukan dan bersenam.Mudahlah lemak terbakar dan mudah kurus.


Set kurus shaklee


Dan ada juga boleh baca entry saya berkaitan intermittent fasting untuk mendapat keberkesanan penurunan berat badan lebih cepat.


Testimoni Set Kurus Shaklee



Michael Tan Chun Chet
Turun 20kg
Turun 20 kg dalam 2 Bulan!


Pada suatu hari, saya berasa sakit pada bahagian buku lali dan kaki. Rupa-rupanya, berat badan saya sudah meningkat dengan ketara. Saya cuba untuk mencari jalan penyelesaian dan saya dipertemukan dengan produk-produk Shaklee. Selepas mengambil produk-produk Shaklee secara berterusan dan digabungkan dengan senaman dan pemakanan sihat, saya berjaya menurunkan 20kg dalam masa 2 bulan! Ramai yang memuji saya kelihatan lebih muda dan lebih bagus! Terima kasih Shaklee kerana menawarkan program pengurusan berat badan yang mudah untuk diikuti.




Noradyani Binti Ab Rahman
Turun 20kg
Shaklee Mengubah Hidup Saya


Sebelum mula menjaga kesihatan, saya sentiasa berasa lesu dan turut mengalami masalah gastrik. Selepas berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan, saya berasa lebih sihat, pergerakan menjadi lebih baik dan tahap kecergasan turut meningkat. Selain itu, ramai yang memuji kulit saya kelihatan lebih cantik! Terima kasih Shaklee. Saya kini berasa lebih gembira, lebih yakin dan lebih sihat.

Berminat dengan Set Kurus Shaklee boleh terus hubungi saya sekarang.


Set kurus shaklee




Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023












 

Comments