Skip to main content

Keutamaan Sahur




Sahur


Sahur dalam bahasa Arab diambil dari kata sahara yang berarti penghujung malam. 

Makan sahur merujuk pada aktifitas makan dan minum yang sunah dilakukan di penghujung malam menjelang fajar bagi yang akan melaksanakan ibadah puasa. 

Keutamaan sahur sebagai satu amalan sunat yang amat dituntut ada dinyatakan dengan jelas oleh beberapa Hadis Nabi Muhammad S.A.W.


Shaklee


Keutamaan bersahur bagi umat Islam adalah mendapat lebih banyak keberkahan baik di dunia dan di akhirat. Seseorang menjalankan ibadah puasa dengan bersahur akan mendapatkan selawat dari Allah SWT dan para malaikatnya.

Keutamaan bersahur dan dalilnya ditegaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Dari Abi Sa'id Al Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


"Makan sahur adalah makan penuh berkah. Janganlah kalian meninggalkannya walau dengan seteguk air karena Allah dan malaikat-Nya bershalawat kepada orang yang makan sahur." (HR. Ahmad)   


Pengedar shaklee


Ketika bersahur, kita seharusnya memberi lebih perhatian kepada kualiti dan keseimbangan khasiat makanan, dan bukannya kuantiti makanan sahaja.

Kita perlu memastikan kita bukan memakan banyak karbohidrat seperti nasi sahaja,Walaupun karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting, kita masih memerlukan khasiat makanan lain seperti sumber protein dan serat yang mencukupi. 

Malahan, sebenarnya makanan protein dan serat yang memberikan rasa kenyang lebih panjang berbanding karbohidrat. Oleh itu, kita harus mengutamakan pengambilan protein semasa bersahur. 

Ia boleh membantu kita menahan rasa lapar secara lebih berkesan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat, dan ini turut membantu mengawal paras gula darah dan mencegah rasa lapar melampau atau nafsu makan yang kuat. 


Pengedar shaklee labuan


Tidak dinafikan bahawa bangun untuk bersahur bukanlah sesuatu yang mudah bagi semua orang. Bagi yang sudah biasa bangun awal pagi , ia mungkin tidak menjadi masalah besar. Namun ia adalah sebaliknya bagi mereka yang tidak biasa. 

Di sebalik kepayahan tersebut , anda perlu tahu bahawa bersahur adalah sangat penting untuk memberikan anda tenaga untuk bertahan di siang hari dan ia juga satu amalan yang sangat dituntut oleh Nabi Muhammad S.A.W.. 

Jom kita jadikan bersahur ini satu amalan memandangkan Ramadhan bakal datang,tinggal beberapa hari lagi rasa cepat masa tu berlalu pejam celik dah nak masuk ramadhan. Selamat berpuasa.


Saya juga aktif di media sosial yang lain, jemput klik link di bawah:


FB PAGE : Ju-Shaklee

INSTAGRAM : Jumilah1988


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

#pengedarshakleeaktif

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...