Skip to main content

Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

 

Vitamin c


Vitamin C bukan sahaja untuk Kulit cantik,fungsi utamanya sebagai antioksida yang baik Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.

Fakta Umum Tentang Vitamin C

Amnya, vitamin C ialah salah satu vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan badan. Kita perlu dapatkan vitamin C dari pemakanan dan jika tidak mencukupi, bolehlah mempertimbangkan pengambilan suplemen yang berkualiti.

Vitamin C ialah sejenis vitamin yang ‘manja’. Amat mudah teroksidasi apabila terdedah kepada udara dan air. Lihat sahaja buah epal yang telah dikupas kulitnya. Sangat cepat berwarna keperangan atau nampak ‘lebam’ kan?

Selain itu, vitamin C tidak boleh disimpan di dalam badan kita. Setiap kali kita mengambil vitamin C, badan kita hanya akan menggunakan secukupnya sahaja untuk menjalankan fungsi-fungsi, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing dan najis.

Jadi, tak guna anda telan buah-buahan banyak-banyak dalam satu-satu masa. Jika anda mahukan bekalan vitamin C yang berpanjangan, bolehlah berusaha mengambil makanan yang kaya vitamin C beberapa kali dalam sehari.

Berdasarkan kajian, perokok kehilangan 50% lebih vitamin C setiap hari berbanding bukan perokok. Oleh itu memerlukan lebih vitamin C untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh dan kesihatan.


VITAMIN C SHAKLEE, APA YANG ISTIMEWANYA?

.

Vitamin C Shaklee pertama kali dihasilkan pada tahun 1981. Walaupun telah lebih 40 tahun berada di pasaran dunia, ianya masih mendapat permintaan yang tinggi. Malah, semakin meningkat permintaannya dari tahun ke tahun.

Kenapa?


Kelebihan Vitamin C Shaklee

Berasaskan sumber semulajadi ekstrak jagung yang sesuai diambil oleh anda yang memiliki perut sensitif seperti gastrik.

Dihasilkan dengan sistem pelepasan berperingkat (sustained release) yang menyediakan 500mg vitamin C dalam tempoh 5 jam berterusan (100mg vitamin C dilepaskan setiap jam). 

Ini bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren setiap jam untuk tempoh 5 jam berterusan.

Ditambah 120mg bioflavonoid yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.


Vitamin c


Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C Shaklee di dalam 2 tablet ( di antara jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflvonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. 



Vitamin c



Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Kebiasaannya kita hanya mengetahui kebaikan vitamin C hanya untuk kulit sahaja tetapi berbeza dengan pengambilan Vitamin C Shaklee ini. 

Banyak manfaat lain yang tidak ada pada vitamin C produk lain.


Manfaat Utama vitamin C Shaklee :


1) Membentuk kolagen – Vitamin C Shaklee merangsang  pembentukan kolagen. 

Kolagen adalah sebatian asas otot,tisu, tulang rawan dan rangka. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. Apabila kolagen cukup, otot menjadi tegang dan kulit juga tegang.

2) Memperbaiki simptom pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering dan kasar. Utnuk dapatkan kulit yang lembut dan tidak kering, pengambilan vitamin C seharian mesti cukup.

3) Memerangi kanser – Vitamin C Shaklee merupakan anti oksidan yang berupaya meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel tubuh.

4) Peningkatan sistem imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta asma. Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan sistem flu dan selsema.

5) Mencantikkan kulit – Semestinya vitamin C ini mencantikkan kulit. Ambil setiap hari untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

6) Mengekalkan kolesterol sihat – Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Kepentingan pengambilan Vitamin C

Kenapa pentingnya ambil vitamin C setiap hari ?

Sebab utamanya adalah vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Badan kita pula perlu mendapat vitamin C setiap hari kerana vitamin C bantu tingkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dan membekalkan antioksidan yang dapat membantu kurangkan risiko kerosakan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam badan.

Radikal bebas ini jika tidak dikawal dan tidak dapat ditampung oleh badan akan membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu penyakit kronik seperti kanser.


Tanda badan kekurangan Vitamin C

Sekiranya seseorang tidak mengambil Vitamin C secukupnya, dia mungkin akan mula menunjukkan tanda-tanda kekurangan. Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam badan adalah seperti berikut:-

  • Kulit menjadi cepat kering dan lebih kasar.
  • Cepat stress
  • Wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar (kedutan dan garis halus kelihatan)
  • Mudah demam dan selsema
  • Luka sukar dan mengambil masa untuk sembuh
  • Gusi bengkak dan berdarah
  • Rambut menjadi lebih kering dan bercabang-cabang

Bagi yang berminat nak dapatkan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, boleh hubungi Jue menggunakan link di bawah:




Jemput follow media sosial jue di bawah 😍 

FB PERSONAL : JUMILAH IBRAHIM

FB PAGE Ju-Shaklee

INSTAGRAM  : Jumilah1988


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

#pengedarshakleeaktif




PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...