Rahsia Untuk Kulit Cantik : Vitamin Kulit Cantik Kini Dengan Harga Rahmah


Pengedar shaklee labuan


Ramai yang percaya kunci utama bagi mendapatkan 
kulit yang sihat dan cantik adalah hidrasi dan ia memang benar. 

Namun, jangan lupa untuk memanfaatkan variasi jenis vitamin kulit agar ia lebih kuat di luar dan dari dalam! Tetapi, jenis mana yang bagus ya?


Kenapa vitamin untuk kulit itu penting?

 

Penjagaan kulit adalah satu perkara yang bukan sahaja perlu menjadi keutamaan malah kewajipan memandangkan kulit itu sendiri merupakan organ pada tubuh badan yang paling besar.

 

Disebabkan itu, ramai juga yang telah mengamalkan rutin penjagaan kulit bermula dengan produk pencuci, pelembap, toner, serum, esen, pelindung matahari dan berakhir dengan mekap.

 

Malangnya, majoriti individu hanya mengutamakan penjagaan kulit pada aspek luaran tetapi tidak dalaman di mana mereka cenderung mengabaikan pemakanan dan pengambilan suplemen.


Khususnya vitamin untuk kulit, individu wajar mendapatkan nutrisi yang terbaik daripada sumber makanan, minuman dan suplemen agar organ terbesar ini akan kekal lebih sihat dan cantik.



Jenis mana yang bagus untuk kulit anda?

 

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, terdapat pelbagai jenis vitamin yang wujud di dalam makanan, minuman serta suplemen dan kesemuanya akan memainkan peranan penting tersendiri.

 

Di antara variasi vitamin tersebut, sudah tentu terdapat jenis yang bagus buat kulit anda termasuk:


Vitamin B

 

Walaupun agak kurang popular, namun ia adalah antara jenis vitamin yang agak kompleks dengan pelbagai kategori seperti B1 – thiamine, B2 – riboflavin, B3 – niacin, B5 – pantothecic acid, B6, B7 – biotin, B9 – folate serta B12.

 

B3 bagus untuk kesihatan kulit di mana ia mampu menambahkan kekuatan selain mengurangkan kekeringan organ terbesar ini sekali gus membantu melawan masalah kulit termasuk ekzema

 

Dalam pada itu, B5 juga biasa digunakan di dalam produk kulit dalam usaha membantu membuat kulit lebih lembut dan licin  selain meningkatkan tahap penghidratan yang penting untuk kulit.

 


Vitamin C

 

Merupakan vitamin untuk kulit yang paling popular, jenis vitamin c kaya dengan sifat antioksidan yang mampu membantu menghasilkan lebih banyak kolagen agar kulit menjadi lebih kuat.

 

Dalam pada itu, ia juga dipercayai boleh membantu individu melawan kanser kulit kerana ia bakal mengurangkan kerosakan atau kematian sel dan menyembuhkan tisu-tisu yang telah rosak.


Memang benar ia biasa ditemui dalam diet seharian, namun suplemen mungkin masih diperlukan.

 


Vitamin D

 

Terkenal dengan nama vitamin daripada sumber cahaya matahari ,ia sangat penting dalam proses penghasilan dan penukaran sel-sel kulit agar organ paling besar ini kekal sihat serta cantik.

 

Terdapat kajian yang mengatakan kandungan calcitriol di dalam vitamin ini boleh mengurangkan keradangan dan kerengsaan kulit bagi pesakit psoriasis dengan cara disapukan di atas kulit.

 

Selain makanan, minuman atau suplemen, tentu sahaja sumber vitamin D adalah cahaya matahari.


Vitamin E

 

Vitamin untuk kulit seterusnya adalah vitamin E kerana ia mengandungi mikronutrien yang tinggi antioksidan penting bagi membantu melawan radikal bebas.


Dipercayai akan melambatkan proses penuaan alami, ia boleh mengurangkan kedutan dan kerutan kulit.

 

Selain pemakanan, vitamin ini turut boleh terhasil secara semula jadi daripada sebum atau minyak kulit di liang pori kulit.


Kesannya, anda boleh mendapatkan Kulit yang jauh lebih awet muda !



Vitamin F

 

Sebenarnya, ia bukan daripada keluarga vitamin kerana ‘F’ itu merujuk kepada fatty acid atau asid lemak yang biasa ditemui di dalam diet tinggi khasiat asid lemak omega 3 atau omega 6.

 

Menariknya, ia dikatakan boleh membantu melindungi sistem dan fungsi kulit di samping menjadi agen pelembut, pelicin dan pelega semula jadi kulit yang bakal menyegarkan organ kulit.

 


Vitamin K

 

Vitamin K biasa dijumpai di dalam sayuran termasuk kailan, kubis, bayam, salad serta banyak lagi sayur-sayur hijau yang segar. Ia sangat penting untuk melancarkan proses penyembuhan.

 

Dalam pada itu, vitamin ini juga mampu membantu dalam menghilangkan kesan regangan,parut, tompokan gelap dan lingkaran hitam di bawah mata sekali gus bagus untuk kulit individu.


Itulah enam vitamin baik yang anda amalkan secara teratur setiap hari untuk kesihatan kulit. 


Anda boleh mendapatkannya secara semulajadi daripada cahaya matahari dan makanan berkhasiat. 


Walau bagaimanapun, nutrien ini juga boleh diperolehi daripada suplemen tambahan. Penggunaan mengikut keperluan, ya.


Cadangan Suplemen dan Vitamin untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit



ESP DAN VITAMIN C SHAKLEE 




Pengedar shaklee labuan



Ini antara vitamin kulit cantik yang paling HOT! SET ASAS KECANTIKKAN : ESP + VITA-C PLUS SHAKLEE.

Dengan mengambil vitamin C dan ESP Shaklee secara konsisten, kulit menjadi lebih sihat dan cantik. Kombinasi kedua-dua nutrien ini membantu dalam penghasilan kolagen, penyerapan nutrien, dan membantu dalam pembentukan otot.

Dengan pengambilan kombinasi vitamin C dan ESP Shaklee, kulit sihat, berseri, dan cantik. Kedua-dua nutrien ini juga membantu dalam meningkatkan sistem imun dan memberikan tenaga.

PERFECT COMBO FOR YOUR SKIN 👍


Klik link ini > TESTIMONI VITAMIN CANTIK SHAKLEE 



Seronoknya Vitamin Kulit Cantik Shaklee Kini Dengan Harga Rahmah


Harga Rahmah dari Shaklee adalah promosi yang ditawarkan oleh Shaklee yang membolehkan anda membeli dua jenis produk Shaklee yang paling viral iaitu Vitamin C Shaklee dan ESP Shaklee dengan harga yang sangat murah.

Promo Rahmah Shaklee adalah peluang yang baik anda untuk mendapatkan dua produk terlaris Shaklee dengan harga yang sangat berpatutan. 


Vitamin C dan ESP Shaklee adalah produk yang sangat popular dan berkualiti tinggi. 


Anda boleh memperoleh manfaat dari produk-produk Shaklee yang berkualiti tinggi ini pada harga yang lebih murah.


Promo Rahmah dari Shaklee ini juga adalah peluang yang baik bagi anda yang ingin mencuba produk Shaklee.



Pengedar shaklee labuan




Harga Rahmah


Harga yang Shaklee offer hanya RM99 sahaja! 


Apa yang anda akan dapat dengan RM99 ni?


1 tong ESP harga asal RM173 dan

1 botol VITAMIN C harga asal RM115. 


Jimat RM189! Memang berbaloi baloi sangat 👍


Ada juga Set Rahmah B iaitu anda akan dapat 2 tong ESP dan 2 botol Vitamin C dengan harga cuma RM188!Jimat 388!


jimat banyak tau! 😎🎉 Jangan lepaskan peluang ni! Beli sekarang!


Dapatkan Hidangan Rahmah Sihat Shaklee Untuk Anda Menjadi Lebih Sihat


Berminat nak dapat Promosi Set Rahmah Shaklee boleh hubungi saya sekarang 


Hubungi Saya Di 013-8865058 Atau klik link ini > http://www.wasap.my/60138865058/setrahmah




Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#pengedarshakleelabuan




PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.





Comments

  1. Paling berbaloi! Rasa mcm beli satu percuma satu. Vit c tu bertahun dh amal. Alhamdulillah mmg happy!

    ReplyDelete

Post a Comment