Skip to main content

Tak Sangka Diet Macam Ini Boleh Turun 40KG Setahun, Memang Wow!

 


Diet


Impian setiap individu pasti ingin tubuh badan sihat dan langsing bukan? Namun itu bukanlah satu perkara mudah kerana mengamalkan gaya hidup sihat tidak semudah yang disangka.


Baru sahaja mula diet, kawan pula call ajak teman makan di luar. Alamak! Kita pun terus terlajak sekali. Untuk kembalikan semangat diet, jom ikut tips diet sihat di bawah ini. Setahun berjaya turun 40kg, hebat kan?


TIPS DIET SIHAT BERJAYA TURUN 40KG SETAHUN, INI 5 TIPS PENTING



Diet


Tukar 5 kebiasaan ini untuk kurangkan 25,914 kalori dalam 30 hari, 3.36kg sebulan, 40.38kg setahun.

1. Tukar kebiasaan minum air. 

Segelas teh tarik ada 229 kalori. Dari 2 kali sehari air manis kurangkan jadi sekali sahaja. Latih diri minum air kosong. 229 kalori x 30 hari = jimat 6870 kalori sebulan.

2. Tukar kebiasaan saiz portion. 

Biasa makan nasi putih sepinggan penuh, kecilkan jadi 1 mangkuk cina atau 2 senduk rata. Sebelum ni sekali makan nasi 450 kalori jadi 220 kalori sahaja. Kurang 230 sehari.

230 kalori x 30 hari = jimat 6900 kalori sebulan.

3. Tukar jenis masakan. 

Makanan yang deep fried akan gandakan kalori. Seketul ayam goreng 127gram ada 305 kalori. Pilih ayam bakar 100gram baru 150 kalori. Kurang 150 kalori sehari.

150 kalori x 30 hari = jimat 4500 kalori sebulan.

Diet

4. Tukar kepada ulam-ulaman. 

Biasa lunch makan sayur yang dimasak bergoreng atau gulai, tukar ambil ulam. Anggaran sayur goreng ikan masin 170 kalori. Secawan ulam raja baru 6 kalori. Jimat 164 kalori sehari.

164 kalori x 30 hari = jimat 4920 kalori sebulan.

5. Tukar kemahuan kepada sekadar merasa.

Ini cabaran terbesar nak kurangkan berat badan, namum ia berbaloi dibuat. Biasa makan dessert, kek, aiskrim, benda manis 2 kali seminggu, kawal kepada 2 kali sahaja sebulan. Ambil contoh 1 slice kek coklat indulgance ada 454 kalori.

Maka: 454 kalori x kurangkan 6 hari = jimat 2724 kalori sebulan.

Sekarang mari kira berapa jumlah kalori kita dapat kurang dan jimat dalam 1 bulan.

Air manis = 6870 kalori.

Kecilkan portion nasi = 4500 kalori.

Kurangkan lauk bergoreng = 4500 kalori.

Tukar kepada ulam = 4920 kalori.

Kurangkan dessert 6 hari = 2724 kalori

Total sebulan ialah 25914 kalori sebulan. Bersamaan 310,968 kalori setahun.

Set kurus shaklee

Jika kalian nak tukarkan kepada berat lemak badan, kiraannya begini. 1kg berat lemak badan bersamaan 7700 kalori. Maka:

25914 kalori / 7700 kalori = 3.36 kg sebulan atau 40.3 kg setahun.

Tak perlu berlapar atau buang apa-apa. Cukup kurangkan dan tukar kebiasaan sendiri. Campur dengan bakar kalori melalui senaman, boleh bantu kurangkan 4-5 kg sebulan. 5kg x 12 bulan = 60 kilogram dalam setahun.

Asasnya tahu bagaimana nak lakukan, faham konsep masuk kalori dan konsisten. Ianya bermula dengan perlu cari ilmu. 


Turunkan berat dengan Set Hello New You Shaklee


Untuk pengetahuan anda, kini Shaklee telah menyediakan set kurus Shaklee yang telah terbukti berjaya bantu ramai pengguna turunkan berat badan, dan normalkan bacaan BMI mereka. 

Set kurus Shaklee ini dikenali sebagai Set Hello New You Shaklee.

Tidak seperti kebanyakan diet yang popular di sosial media, Set HelloNew You Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang berkesan dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda, dan bukan hanya sementara sahaja, tetapi membuatkan anda terpegun dengan hasil yang diperoleh.

Dalam set Hello New You Shaklee mengandungi empat jenis suplemen yang mana setiap suplemen mempunyai fungsi tersendiri yang bertindak untuk membantu anda kuruskan badan seperti bakar, bina, dan buang. 


Set kurus shaklee

Jemput Baca : Berat Badan Naik Lepas Raya? Jangan Risau Set Hello New You Kan Ada, Pasti Kurus


Sekiranya anda berminat dapatkan set Hello New You Shaklee ini, tekan gambar di bawah untuk pesanan segera 



Semoga berjaya menurunkan berat badan. Selamat mencuba!


Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan


#teamleadership 




PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

ESP Vanilla:Protein Soya Untuk Ibu hamil

  Ya, ESP shaklee  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu mengandung.  Protein soya ini kaya dengan asid amino yang penting untuk pembentukan otot bayi dan membantu meningkatkan sistem imun ibu.  Selain itu, ESP juga membantu dalam pembentukan kulit yang lebih baik, meningkatkan penghasilan susu ibu, dan memberikan tenaga tambahan . Entri kali ini saya nak cerita kebaikan khasiat ESP Shaklee untuk ibu mengandung.  ESP bukan sebarang susu soya, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. Jom kita baca entri ini sampai habis! 1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.  ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu  meningkatkan imuniti   badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu ...

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu

  Diet Intermittent Fasting adalah diet yang kian mendapat tempat di Malaysia masa kini.  Memiliki bentuk tubuh badan yang langsing dan berat badan yang ideal adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang terutamanya kaum wanita .  Oleh itu ramai yang memilih untuk melakukan diet IF tapi pasti ramai yang tidak tahu apa keburukan IF ini.   Saya pun dapat ilmu ini dengan join kelas Dr Redza pada hari sabtu lepas secara online.   Dia adalah seorang Professional Medical  Scientist. Botanical Drugs Developer.  Specialized in Pharmacogenomics &  Nutrigenomics for Personalized & Precision  Medicine.  Beliau antara guru kesihatan kami yang banyak mengajar kami tentang kefahaman nutrivention . Apa itu Diet IF ? Bukan Diet ? Intermittent Fasting atau singkatannya IF sebenarnya bukanlah sejenis diet, ini kerana apabila menyebut perkataan “diet” itu merujuk kepada apa yang hendak/patut di makan.  Namun konsep IF  ini adalah berbent...