Skip to main content

Nak Tahu 10 Jenis Makanan Penurun Kolesterol? Jom Baca Di Sini!






Sedang mencari makanan turunkan kolesterol untuk bantu atasi masalah jantung? Jangan risau, Hello Doktor Ada senaraikan 10 makanan penurun kolesterol yang boleh anda amalkan setiap hari!

Ada ke makanan turunkan kolesterol?

Diet pemakanan seseorang sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol individu

Pengambilan makanan yang dapat menjaga tahap keseimbangan kolesterol boleh membantu mencegah masalah kesihatan, termasuklah serangan jantung atau angin ahmar.

Kolesterol adalah lemak lipid sterol yang bergerak melalui saluran darah dan boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama, iaitu:

 

  • Kolesterol baik merujuk kepada lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)
  • Kolesterol jahat dikenali sebagai lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)

 

Perkataan jahat yang wujud pada kolesterol LDL disebabkan pengumpulan lemak pada saluran darah, seterusnya menyekat aliran darah dan menyebabkan serangan jantung atau strok.





Manakala kolesterol baik atau HDL, membantu menyingkirkan kolesterol daripada tubuh melalui hati. Tahap kolesterol HDL yang tinggi dapat mengurangkan risiko masalah jantung dan strok.


Jadi sememangnya wujud makanan turunkan kolesterol untuk diamalkan.


Ayuh, kita bongkar 10 makanan penurun kolesterol yang harus ada dalam diet harian anda!

10 makanan penurun kolesterol 

 


 

Diet pemakanan harian anda memainkan peranan penting terhadap keseimbangan kolesterol dan faktor lain.

 

Berikut adalah makanan penurun kolesterol dan dapat mengurangkan faktor risiko lain yang menyumbang kepada penyakit jantung. 

 


1. Terung 


 

Terung mengandungi serat makanan yang tinggi dan merupakan antara jenis makanan turunkan kolesterol.

 

Serat membantu meningkatkan kadar kolesterol darah. Ia juga mengurangkan risiko daripada mendapat:

 

  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Obesiti
  • Diabetes jenis 2

 


2. Epal


 

Pengambilan 2 biji epal sehari dipercayai dapat mengurangkan kadar kedua-dua jenis kolesterol.

 

Amalan ini juga menurunkan kadar trigliserida – sejenis lemak dalam darah. 

 

Epal juga mengandungi sebatian yang disebut polifenol, yang dikatakan memberi kesan positif pada kadar kolesterol.

 


3. Ikan berlemak antara 10 makanan penurun kolesterol 

 

 

Ikan berlemak seperti salmon dan ikan tenggiri adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik.

 

Omega-3 dapat memperbaiki kesihatan jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan risiko keradangan dan strok.

 

Manfaat pelindung jantung juga boleh diperolehi daripada ikan melalui sebatian peptida yang terdapat dalam protein ikan.


4. Buah-buahan 

 

 

Buah adalah makanan turunkan kolesterol yang baik untuk ditambah dalam diet pemakanan jantung sihat. 

 

Terdapat pelbagai jenis buah tinggi dengan serat larut – yang membantu menurunkan kadar kolesterol.

 

Buah juga mengandungi sebatian bioaktif yang membantu mencegah penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik lain kerana kesan antioksidan dan antiradangnya. 

 


5. Kekacang 

 


Kekacang adalah sumber lemak tak tepu yang baik dan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL.

 

Makanan turunkan kolesterol ini kaya serat dan dapat mengawal penyerapan kolesterol oleh tubuh dan meningkatkan proses penyingkirannya. 

 

Antara jenis kekacang yang sesuai untuk diet sihat dan mengurangkan kolesterol adalah:

 

  • Kacang badam
  • Walnut
  • Pistachio
  • Pecan
  • Kacang hazel
  • Gajus 


6. Coklat gelap

 

 

Koko yang terdapat dalam coklat gelap, mengandungi flavanoid – sebatian dalam kebanyakan jenis buah-buahan dan sayuran.

 

Sifat antioksidan dan antiradang yang terkandung di dalamnya dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 

 

Mereka yang ada masalah kolesterol tinggi disarankan untuk mengambil sebarang produk coklat gelap secara sederhana kerana kebanyakannya tinggi kandungan lemak tepu dan gula. 

 


7. Teh hijau, 1 daripada 10 makanan penurun kolesterol 

 


Kandungan antioksidan yang dikenali sebagai catechin dalam teh tertentu, seperti teh hijau, sangat bermanfaat kepada kesihatan.

 

Pengambilan teh hijau dipercayai dapat meningkatkan tahap kolesterol secara signifikan, mengurangkan tahap kolesterol total dan LDL tanpa menurunkan tahap kolesterol HDL.

 



 


8. Sayuran berdaun gelap

 


 

Secara amnya, semua sayuran adalah baik untuk jantung. Pun begitu, sayuran berdaun gelap sangat bermanfaat dan menjadi antara jenis makanan turunkan kolesterol.

 

Antara jenis sayuran berdaun gelap seperti bayam dan kangkung, mengandungi lutein dan karotenoid – yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung lebih rendah. 

 

Sayuran jenis ini juga membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikat asid hempedu dan menjadikan tubuh menyingkirkan lebih banyak kolesterol.

 


9. Minyak zaitun

 

 

Extra virgin olive oil (EVOO) yang sering digunakan sebagai minyak masak adalah antara 10 jenis makanan penurun kolesterol dan baik untuk jantung. 

 

Kandungan lemak tak tepu mono (monounsaturated fat) yang terdapat dalam minyak zaitun ini membantu mengurangkan kadar LDL.

 

EVOO ini juga mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang sangat bermanfaat untuk keseluruhan kesihatan kardiovaskular. 

 


10. Bendi antara 10 makanan penurun kolesterol

 

 

Kandungan seakan gel di dalam bendi yang disebut sebagai mucilage dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikatnya semasa proses pencernaan.

 

Ia membantu menyingkirkan kolesterol melalui najis. 

 




Kesimpulan

 

 

Memastikan kadar kolesterol seimbang dalam badan penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

 

Jika anda tidak pasti sama ada 10 makanan penurun kolesterol ini sesuai untuk diet anda atau tidak, berundinglah dengan pakar pemakanan atau doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.



Jemput Baca : Kematian Akibat Penyakit Jantung Sangat Membimbangkan



Saya juga aktif di media sosial lain :



Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...