Skip to main content

Kaum Hawa, Kenali 5 Tanda Awal Anda Sedang Alami Fasa Perimenopause!

 

Menopaus


Setiap wanita normal yang hidup di muka bumi ini akhirnya pasti akan mengalami menopaus.

Sebelum mencapai usia ini, kaum Hawa akan melalui satu fasa yang dinamakan sebagai perimenopause.

Apakah ia? Apakah tanda perimenopaus? Perimenopause adalah satu fasa sebelum menopaus. 


Perimenopause adalah fasa sebelum menopaus



Untuk pengetahuan anda, menopaus bukanlah satu penyakit sebaliknya satu petanda di mana wanita tidak lagi subur ekoran pusingan haid yang terhenti setidak-tidaknya dalam tempoh 12 bulan secara berterusan.

 

Secara lazimnya, ia akan berlaku kepada wanita yang berusia sekitar 50 tahun dan ke atas. Namun, ia juga boleh bermula seawal usia 45 tahun lagi, bergantung kepada kondisi kesihatan tubuh badan wanita.

 

Sebelum kaum Hawa memasuki usia menopaus, akan ada satu fasa yang dinamakan sebagai perimenopause.

 

Perimenopause adalah satu fasa transisi sebelum wanita mencapai usia menopaus dan kebiasaannya terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40 tahun dan ke atas serta akan berlangsung selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada individu itu sendiri.

 

Persoalannya, adakah terdapat sebarang tanda yang menunjukkan anda sedang mengalami fasa transisi ini?


  

Tanda-tanda wanita sedang mengalami perimenopaus


  

Menopaus

 

Ya, terdapat beberapa tanda wanita sedang mengalami fasa transisi ini. Namun, harus diingatkan bahawa fasa perimenopause adalah tidak sama bagi setiap wanita ekoran pelbagai faktor.

   

Berikut adalah beberapa tanda umum yang menunjukkan anda sedang berada dalam fasa perimenopaus:

 

#1. Kitaran menstrual tidak teratur

  

  

Menurut laman sesawang American College of Obstetricians and Gynecologist, kadar hormon estrogen dan progesteron adalah stabil pada kitaran menstrual wanita yang normal serta subur.

 

Kebiasaannya, ovulasi akan berlaku pada pertengahan kitaran ini dan menstrual akan terjadi sekitar 2 minggu selepasnya.

 

Pun begitu, aturan sebegini mungkin akan terganggu selepas sahaja anda memasuki fasa perimenopause. Antara tanda perimenopause adalah:

 

  • Pendarahan tidak teratur atau tidak sesuai dengan jadual anda yang biasa
  • Menstrual akan berlaku lebih lama dan darah yang mengalir adalah lebih deras
  • Durasi datang haid anda mungkin akan lebih pendek dan ringan pada sesetengah bulan
  • Jumlah hari antara kitaran menstrual anda mungkin akan berkurang atau bertambah

 

Untuk lebih kepastian, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

 

#2. Badan terasa panas dan sukar untuk tidur

  

Tanda ini turut dikenali sebagai hot flashes di mana badan seorang wanita akan terasa panas yang melampau lantas mengakibatkan mereka sukar untuk tidur. Ia juga adalah tanda perimenopause yang paling umum.

 

Disebabkan ini, sudah pasti kuantiti dan kualiti tidur anda akan terjejas bukan?

 

Jadi, ada beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan gejala ini seperti:

 

  • Minum air sejuk sebelum masuk tidur
  • Tetapkan suhu kamar tidur agar ia tetap dingin dan nyaman
  • Lapikkan tempat tidur dengan alas yang tidak kasar dan tebal
  • Gunakan kipas atau penyaman udara dengan suhu yang optimum

 

Jika tip ini masih tidak memberi kesan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

#3. Emosi yang tidak stabil ketika perimenopause adalah normal

  

Selalu kita dengar bahawa emosi seorang wanita memang mudah berubah-ubah. Namun, ketika fasa perimenopause ini terjadi emosi wanita akan bertambah menjadi lebih tidak stabil.

 

Pada waktu ini, sebarang mood swing ketika perimenopause adalah normal.

  

Anda juga tidak boleh ambil mudah tentang perkara ini kerana sifat cepat marah atau cepat sedih ini berisiko membuat seseorang wanita itu mengalami stres dan depresi. Jadi, sila lebih berhati-hati!

 

Puncanya adalah disebabkan oleh kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang akan membuat otak dan badan wanita menjadi tidak stabil. Oleh itu, anda sebagai pasangan jangan buat perangai ketika ini ya?

 

#4. Perubahan pada fizikal wanita

  

 

Bukan sahaja dari segi emosional, wanita yang sedang mengalami fasa perimenopause juga akan mengalami perubahan dari aspek fizikalnya terutamanya pada rambut dan kulit wajah.

 

Antara tanda perimenopaus adalah rambut wanita lebih kering dan rapuh lalu meningkatkan risiko kebotakan. Selain itu, kulit wajah juga akan menjadi lebih kering dan nipis ekoran kekurangan estrogen.

 

Namun, jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda tidak lagi tampil yakin di hadapan suami. Ketahuilah bahawa anda tetap orang yang sama dicintainya sejak dari dahulu.

 

Lagipun, ketika ini encik suami juga sudah kurang tampan kerana faktor usia bukan? Jadi, tiada apa yang perlu anda risaukan!

 

#5. Turunnya keghairahan dan kesuburan

  

Ketika fasa transisi ini, wanita akan mengalami penurunan libido yang agak mendadak. Dalam masa yang sama juga, tahap kesuburannya juga akan menurun sebelum tiba waktu menopaus.

 

Dalam erti kata yang lebih mudah, keinginan untuk seks serta kemampuan untuk hamil wanita akan menurun dengan mendadak. Namun, ia tidak bermakna anda sudah tidak boleh hamil lagi.

 

Sekiranya anda masih mengalami menstruasi, meskipun tidak begitu teratur, anda masih berpeluang untuk hamil. Namun, dapatkan pandangan dan cadangan daripada doktor terlebih dahulu ya?

 

Jangan bersedih, perimenopause adalah kitaran hidup yang normal

  

Kesimpulannya, tiada apa yang anda perlu risaukan kerana ia bukanlah sejenis penyakit sebaliknya petanda bahawa anda sudah memasuki usia ‘veteran’. Jangan bersedih kerana ia adalah kitaran hidup yang sangat normal bagi seorang wanita.

 

Sebaliknya, raikan waktu ini bersama pasangan tercinta yang sudah bersama dengan anda dari dahulu lagi. Nikmatilah kehidupan ini dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera agar tiada sebarang masalah menimpa anda di usia menopaus kelak.


Jemput Baca : Vitamin Terbaik Untuk Wanita 30an  Baru Boleh Kekal Sihat Di Usia Matang!



Terima kasih Kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.



Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleelabuan

#teamleadership 

#VivixShaklee

#ResVShaklee

#HeartStrongLiveLong

#ShakleeHeartSolutions

#ResVvix

#Powerofpolyphenols

#pengedaraktifshaklee

Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...