Kepentingan dan Kelebihan Vitamin C Shaklee


Vitamin c shaklee



Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. 

Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). 

Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Uols tahu ke kenapa ramai yang tergila-gilakan Vitamin C Shaklee ni? Sebelum tu uols kena tahu apa kepentingan vitamin c kepada tubuh badan kita ni.


Vitamin c shaklee


Kepentingan pengambilan Vitamin C

Kenapa pentingnya ambil vitamin C setiap hari ?

Sebab utamanya adalah vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Badan kita pula perlu mendapat vitamin C setiap hari kerana vitamin C bantu tingkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dan membekalkan antioksidan yang dapat membantu kurangkan risiko kerosakan sel-sel badan akibat daripada rembesan radikal bebas di dalam badan.

Radikal bebas ini jika tidak dikawal dan tidak dapat ditampung oleh badan akan membawa kepada masalah yang lebih serius iaitu penyakit kronik seperti kanser.

 Apakah faktor penghasilan radikal bebas di dalam badan ?

  • Pencemaran udara yg melepaskan bahan-bahan kimia seperti asap rokok, kenderaan dan sebagainya.
  • Pencemaran air.
  • Segala bahan pewarna dan bahan pengawet yang terdapat di dalam makanan, makanan atau tumbuhan yg telah melalui proses ubah suai genetik (GMO).
  • Tekanan hidup yang tinggi disebabkan oleh masalah kerja, masalah kewangan, dan sebagainya.

Semua faktor-faktor ini menyumbang kepada rembesan radikal bebas dan bertindak sebagai bahan perosak terhadap sel-sel badan kita.

So jelas pentingnya pengambilan vitamin C dalam makanan seharian kita dan untuk memastikan kita mendapat vitamin C yang cukup, perlu topup dengan supplement vitamin.


Kelebihan Vitamin C Shaklee


1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung

Sustained Release Vita-C Plus dihasilkan daripada ekstrak jagung jadi ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

2. Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (Sustained Release)

Sistem ini melepaskan vitamin C sebanyak 500 mg (1 tablet) secara berperingkat selama 5 jam. Setiap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan.

Ini dapat memastikan tiada pembaziran berlaku kerana badan kita hanya boleh menerima sebanyak 100-200mg sahaja setiap jam dan selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing.

3. Mengandungi 120mg Bioflavonoid Sitrus

Bioflavonoid Sitrus membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan vitamin C dan bertindak secara sinergi dengan vitamin C, jadi dapat tingkatkan kadar penyerapan vitamin C. Ia juga membantu melegakan inflamasi dan menentang serangan radikal bebas.

Jom tengok video keberkesanan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee



Kebaikan vitamin C Shaklee kepada kesihatan dan kecantikan


Kebaikan Vitamin C Shaklee untuk kesihatan

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan yang baik dan menyumbang kepada fungsi sistem imun yang sihat. Antara kebaikan Vitamin C Shaklee untuk kesihatan adalah seperti berikut:-

  • Membantu meningkat sistem imun badan.
  • Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.
  • Mengurangkan risiko penyakit insomnia.
  • Memberi tenaga dan mengurangkan risiko badan letih dan lesu.
  • Membantu mengatasi masalah resdung. (Boleh diambil bersama Alfalfa untuk kesan lebih baik)
  • Membantu menurangkan pengoksidaan di saluran darah. Jadi, dapat bantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah yang lebih sihat.
  • Mengurangkan risiko penyakit buta akibat katarak
  • Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.
  • Menghasilkan bahan pemancar sarah (neurotransmitter)
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang pundi hempedu
  • Membantu mengurangkan stress dan masalah berkaitan sakit mental.

Kebaikan Vitamin C Shaklee untuk kecantikan

Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia boleh menyumbang dan memberi kesan positif kepada kecantikan luaran. Antara manfaat Vitamin C Shaklee untuk kecantikan adalah seperti berikut:-

  • Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
  • Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
  • Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
  • Bertindak sebagai anti-radang.

Tanda badan kekurangan Vitamin C

Sekiranya seseorang tidak mengambil Vitamin C secukupnya, dia mungkin akan mula menunjukkan tanda-tanda kekurangan. Antara tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam badan adalah seperti berikut:-

  • Kulit menjadi cepat kering dan lebih kasar.
  • Cepat stress
  • Wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar (kedutan dan garis halus kelihatan)
  • Mudah demam dan selsema
  • Luka sukar dan mengambil masa untuk sembuh
  • Gusi bengkak dan berdarah
  • Rambut menjadi lebih kering dan bercabang-cabang
Baca juga disini 👇🏻



Vitamin c shaklee


Bagi yang berminat nak dapatkan Vitamin C Shaklee, boleh hubungi jue menggunakan link di bawah:




Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan


#teamleadership 


PENAFIAN : 


Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. Jika anda sedang menjalani rawatan perubatan, mengandung atau menyusukan bayi, sila berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen.



Comments