Skip to main content

3 Tips Kekal Produktif Kerja Dari Rumah

 

Kerja dari rumah



Kerja dari rumah atau Work from Home ini lain suasananya berbanding bekerja di pejabat. Di rumah terdapat lebih banyak gangguan, lebih-lebih lagi jika ada yang perlu menjaga anak-anak dalam masa yang sama. 

Bagi yang bujang pula, fokus mudah lari dan kurang motivasi untuk menjadi produktif berbanding jika bekerja di pejabat. 

Sedikit sebanyak produktiviti kerja akan terganggu. Kerja tertangguh dan semakin hari semakin banyak kerja sehinggakan terpaksa bekerja sehingga lewat malam. 

Tidak dinafikan, ianya bukan suatu perkara yang mudah untuk kekal fokus apabila bekerja dari rumah.

Jadi bagaimana anda mahu tingkatkan produktiviti kerja anda? Bagaimana cara untuk memastikan anda tidak perlu bekerja lebih masa sehingga terpaksa mengorbankan waktu malam dan hujung minggu?

Terdapat banyak tips meningkatkan produktiviti di luar sana. Walau bagaimanapun, ini adalah 3 tips kekal produktif kerja dari rumah yang anda boleh terus amalkan selepas menghabiskan artikel ini.


3 Tips Kekal Produktif Bekerja Dari Rumah

1. Menyediakan ruang kerja yang selesa



Kerja dari rumah


Ruang kerja yang selesa adalah faktor paling penting apabila bekerja dari rumah. Ia bukan sahaja penting untuk anda kekal produktif tetapi ia juga penting untuk kesihatan anda. 

Ruang kerja yang tidak selesa boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit kepala, sengal di leher dan tulang belakang serta membentuk postur badan yang tidak baik.

Menurut satu kajian daripada Upright dan Ernst & Young, pekerja dengan postur badan yang baik merekodkan 75% lebih produktif berbanding pekerja lain. 

Bagaimana mahu memastikan anda lebih selesa bekerja dari rumah?

Pertama, gunakan perabot dan alatan bekerja yang ergonomik. Kerusi ergonomik adalah solusi kepada masalah sakit tulang belakang kerana ia memiliki fungsi sokongan lumbar. 

Anda bekerja sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari, bermakna anda akan duduk selama 6-8 jam juga, jadi janganlah berkira untuk melabur lebih sedikit demi kesihatan anda. 

Selain itu anda juga disarankan membeli papan kekunci dan tetikus yang ergonomik bagi mengelakkan terkena sindrom terowong carpal (carpal tunnel syndrome).

Kedua, posisi tempat kerja perlu mempunyai pencahayaan yang baik. Sebaiknya ia berdekatan dengan sumber cahaya semula jadi seperti tingkap atau pintu. 

Hal ini bagi mengelakkan mata anda letih dan pening kepala kerana terlalu lama menghadap skrin komputer. 

Sejam atau dua jam sekali anda seharusnya rehatkan mata dengan menjenguk pemandangan di luar rumah.


2. Gunakan teknik pomodoro


Kerja dari rumah


Teknik ini dicipta oleh seorang pelajar universiti, Cirillo pada tahun 1980. Ini adalah cara beliau kekal produktif.


  1. Senaraikan tugas yang ingin dilakukan dan sediakan pemasa (timer).
  2. Tetapkan pemasa selama 25 minit dan fokus dengan membuat satu tugasan  sahaja sehingga pemasa berbunyi.
  3. Rehat untuk 5 minit
  4. Ulang semula untuk 3-4 kali.
  5. Selepas habis 4 pusingan, anda boleh mengambil masa berehat yang lama sedikit sekitar 15-20 minit.


Melalui cara ini, anda tidak perlu menghadap komputer terlalu lama. Teknik ini amat baik untuk kesihatan mata anda. 

Waktu rehat 5 minit ini boleh digunakan untuk bangun sebentar, regangkan badan dan rehatkan mata dengan melihat kepada objek yang lebih jauh.

Bagi memastikan teknik ini berkesan, pastikan anda fokus menyiapkan satu tugas sahaja dalam satu masa. 

Jika tugas itu memerlukan masa yang lebih panjang, pecahkannya kepada beberapa bahagian kecil.


3. Kaedah Ivy Lee



Pengedar shaklee labuan


Kaedah ini digunakan oleh syarikat Bethlehem Steel Corporation pada tahun 1918. Seorang konsultan bernama Ivy Lee membantu CEO Bethelehem Steel untuk meningkatkan tahap kecekapan pekerja pada ketika itu.

Ini adalah kaedah Ivy Lee.

  1. Setiap hari sebelum tamat waktu kerja, tulis enam tugas penting yang perlu disiapkan pada hari esok.
  2. Susun enam tugas tersebut mengikut tahap kepentingan.
  3. Pada keesokan hari, siapkan tugas mengikut tahap kepentingan. Jangan beralih selagi tugas pertama tidak disiapkan.
  4. Ulang sehingga tugas ke-6.
  5. Jika masih terdapat tugas yang belum disiapkan, masukkan ke senarai hari esok pula.


Kesimpulannya


Carilah keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Tips produktiviti ini boleh digunakan agar anda mampu menyiapkan kerja dengan lebih pantas dan mempunyai masa rehat yang mencukupi serta masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Akhir sekali, jangan lupa untuk menjaga kesihatan anda. Tanpa badan yang cergas dan sihat, sukar untuk anda menghasilkan kerja yang baik. Amalkan gaya hidup sihat dengan membuat senaman, dapatkan tidur yang cukup serta menjaga pemakanan seimbang.


Jemput Baca : Bisnes Dari Rumah



Saya juga aktif di media sosial lain :


Facebook Page : JU SHAKLEE - SAFE.PROVEN


Instgram : @jumilah1988



#NextlevelBlogging


#Shakleetriumph2023


#shakleethrive2023


#pengedarshakleelabuan


#teamleadership 


Comments

Popular posts from this blog

Banjir Dan Risiko Penyakit Berjangkit

Fenomena kejadian banjir kerap berlaku di negara ini. Saban tahun bermula September sehingga Februari hujan yang dialami oleh negeri-negeri di Malaysia akan meningkat dan menyebabkan banjir. Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah: Kemusnahan Harta Benda : Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta ,dokumen dan sijil penting dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk. Penyakit Berjangkit: Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia di mana kejadian penyakit berjangkit mudah dijangkiti semasa dan selepas banjir. Kematian : Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai. Kerugian Kerajaan : Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik d...

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdetik dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua. Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina. Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah : - Bakar lemak : Lecithin/Omega - Buang lemak : Herblax - Bina otot : Cinch  Dekat sini saya akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak  Le...

Pain Relief Shaklee Melegakan Sakit Sendi Dan Otot Secara Semula Jadi Dan Selamat.

  Anda Mencari Pelega Kesakitan Yang Selamat Dan Semula Jadi? Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit belakang, berdasarkan Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kesakitan. Cubalah  pelega kesakitan semula jadi  yang  selamat untuk penggunaan kerap  jika anda selalu menghidapi sakit sendi dan otot. Pain Relief Shaklee  digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit sendi dan otot 5 Jenis Kesakitan Yang Biasa Dialami Secara Global sakit otot 83% sakit sendi 73% Period pain (67%) Migraine (61%) Tendon/ligament/bone pain (61%) Apa yang menyebabkan sakit sendi? Osteoartritis, sering dipanggil penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis yang paling biasa. Sakit sendi selalunya berpunca daripada artritis. Sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis hasil daripada pecahan rawan. Pada umur berapa sendi mula menua? Serat kolagen membantu tulang anda dan sendi kekal fleksibel. Walau bagaimanapun, jumlah kolagen d...